"....nape bgahu wujud skang blog ini???(ashr ty) aku lupebile ntah...."sekadar mahu mengikut rakan-rakan?bukan..sbbnye kerna kini aku dirumah..guna streamyx..justeru itu..kata akak dan abg iparku...gunakanlah...bayarnya tetap sama bukan????maka langsung itu aku pantas memasang impian jadi penulis??kalau tidak sekadar teman kpd penulis2 lain....moga blog ini ada kebaikannya..nah aku mahu menjadikan jalur dan salur da'wah...doakan aku jaya laksana amanah ini..wallahua'lam bissowab....

Friday, May 06, 2005

seBenar DiRi

:: Allahu Allahu Allahu ::

Tanpa jemu usia terus berlari
Si kelana terus mengejar tiada berhenti
Pengembaraan masih terus meniti hari
Pelita fikir pada kegelapan jaulah terus menyinari
Ruang telaah dalam perantauan penuh tirani
Menjadi azimat buat musafir mengota janji
Mengenal sebuah diri yang sebenar-benar diri

Dalam mencari sebenar diri
Embun hidayah muncul menyirami jiwa
Menitis dan masih terasa kesejukannya
Tetapi kesejukan itu kadangnya hanya sementara
Menyejat kala dinihari dilimpahi cahaya
Lalu gersang tandus bagai sediakala
Bila hujan nurani tiada memberi sentuhannya

Dalam mencari sebenar diri
Jatuh bangun dalam ghazwah silih berganti
Rindu untuk menggapai sejalur kasih Ilahi
Yang rasanya dulu pernah dirungkai
Menggilap nawaitu yang sering berkonfrontasi
Hingga terang bersinar taifah kompromi
Membiaskan konotasi ikhlas bersemayam di hati

Dalam mencari sebenar diri
Mengimpi segugus butiran kedamaian
Mencipta azam keinsafan dan kesedaran
Walau dirantai sejuta kemelut kehidupan
Tempuhilah jua bersama penghayatan
Taburkanlah pengorbanan dalam perjuangan
Agar rebahmu bersama impian yang kesampaian

Dalam mencari sebenar diri
Istiqamahlah bersama cita-cita
Kuatkan himmah mencari setitis lautan cinta
Qanaah, sabar dan cekal tanjapkan sentiasa
Meski sering berselirat seribu tipu daya
Percayalah.. biarpun hari ini kau dalam derita
Nescaya esok kaulah insan yang bahagia

Dalam mencari sebenar diri
Berhentilah sejenak untuk merenungi
Melihat diri.. melihat hati.. melihat haqiqi
Sebelum mati dan pergi tidak kembali!

WaKYeoP RS
6 Mey 05
BaiTi JaNNaTi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

May 2005

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31        
b>-About Me-
Your Name
org panggil reejall...anak2 Sdaro panggil ameD Age
22 D.O.B
23 03 1983
-fav-
bacer noVel aper!!

-benciSsss-
kene Leter arr

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com
Name:
Location: bagan daTuk, PheRak, Malaysia

Not Much knOW buT my Self..myBe anyone of U can Describe me???

Powered by Blogger

-->